Monday, 14 January 2013

VIDEO MAKER!

Hai! Sesungguhnya baru hari ni ada hati nak menulis sikit-sikit...Tapi jangan risau...Pantun masih ada..hehehe...So, hari ni cerita nya tentang 'video maker'...Pengalaman paling indah sememangnya masa kita belajar~~~ banyak benda yang dipelajari...Tak kira la teori atau praktikal...Semuanya ilmu kan??? Walaubagaimanapun Diploma in Hotel & Tourism Management banyak ajar aku pelbagai benda yang aku tak tahu nak buat, sampai aku tahu semuanya. Salah satu nya buat video lah~~~ Ok...penat tulis,,,jom pantun jap! hahaha.....

Makan ubat terus kuat,
Akibat sakit kena kurap,
Macam-macam video kena buat,
Culture, S&P, Tour guiding lebih-lebih lagi arab.


Pagi-pagi pergi sarap,
Singgah sekejap di gunung daik,
Pernah juga lagu ali baba jadi lagu arab,
Tapi memang yang ni lah paling terbaik.


Takkan lari gunung dikejar,
Tak ada soalan macam mana nak bagi jawapan,
Dalam banyak-banyak video masa belajar,
Video ni je yang ada simpan.


Sunday, 13 January 2013

DATING!!!

Buah delima buah zaitun,
Pokok getah pokok balak,
Agak lama tidak berpantun,
Rasa tak tahu nak tulis apa pulak.


Musim durian nak makan pengat,
Memang makanan budak belia,
Semalam memang seronok sangat,
Dapat dating dengan si dia.


Kalau nak hujan suasana suram,
Tak ada kena mngena tiba-tiba nak isi borang,
Seram ohh sungguh seram,
Lagi 3 bulan bergelar isteri orang.


Zaman dahulu wujudnya hamba,
Tak ikut cakap hukumnya mati,
Tiada lain yang aku damba,
Ternyata dia seorang di dalam hati.



Sunday, 30 December 2012

TRAGEDI AIR PAPAN

Katak berenang di dalam perigi,
Berenang-renang mencari anaknya,
Setiap yang hidup pasti akan pergi,
Mencari kehidupan hakiki hanya disisi- Nya.


Di musim panas sangat dahaga,
Air kelapa ada di hutan,
Walaupun kita tak dapat berkeluarga,
Tetapi hubungan masih kekal di ingatan.


Hubungan kami disinari mentari,
Walau semakin jauh tetapi masih dalam kenangan,
Al-fatihah buat arwah Muhammad Azhari,
Semoga anda ditempatkan dikalangan orang beriman.

*Dedicated to adik~~~


Tuesday, 25 December 2012

RINDU

Saya jauh awak jangan lupa,
Lautan gunung sanggup ku redah,
Sudah dua bulan kita tak jumpa,
Memang dah rindu sangat dah.


Kisah kita tanpa dirancang,
Sayangnya saya tidak terucap,
Cutinya memang nampak panjang,
Bila dah jumpa rasa memang sekejap.


Hidup kita mesti berani,
Susah senang kita yang rasa,
Dah tunggu punya tungu ni,
Eh kemain lambat lagi masa.

Monday, 24 December 2012

TAK CUTI

Today is Wednesday,
Pergi ke kebun untuk membaja,
Walaupun hari ini public holiday,
Memang sedih kena kerja.


E'eh siapa yang tak takut bini,
Kena tengking mau jadi kering,
Bosan betul lah hai hari ini,
Telefon langsung tak de dering.


Lagu Adira Lara Lagi,
Ombak Rindu yang paling baru,
Aku sabar sikit je lagi,
Tentu esok fly ke Johor Bahru.

Sunday, 23 December 2012

SAHABAT SELAMANYA

Basuh luka memang pedih,
Tak dapat basuh memang buntu,
Bila diri rasa sedih,
Saya perlukan kawan to talk to.


Pakai baju bulu-bulu,
Bulu-bulu ada rama-rama,
Kalau sunyi ingat masa dulu,
Berdekak sama-sama luah masalah pun sama.

Asal beras dari padi,
Selalu makan memang boroi,
Kalau teringat hidup di PD,
Siap langgar side mirror orang lagi oi....

Hahahahaha....

Friday, 21 December 2012

KERJA LAIN

Penjahat ditangkap teruslah gari,
Akibat terleka dan juga lalai,
Cari-cari punyalah cari,
Dah  berkenan kat hati cubalah apply.


Pergi ke Jakel membeli kain,
Tentulah kain paling bermutu,
Dapat email kerja lain,
Harap-harap dapatlah kerja tu.


Bangun pagiberus gigi,
Kalau tak gosok memang tak sedar,
Esok jangan ditanya kemana pergi,
Sebab esok masa berehat daa.